MUHASABAH DIRI
Tanya
diri kita, “Aku ini bagaimana?”. Apa yang kita buat dan korbankan untuk
Islam? Jangan kata nak berperang macam di zaman para sahabat, nak
berperang dengan nafsu sendiri pun kita lemah. Nak mujahadah bangun dari
selimut yang tak sampai 1kilo untuk solat Subuh pun dah sukar, apatah
lagi yang lain. Belum lagi nak korbankan sedikit masa untuk menelaah dan
menambah ilmu pengetahuan bab-bab agama.
Percayalah! Tidak
ada kemenangan tanpa pengorbanan. Tidak ada erti ‘Hari Raya Korban’
andai kita masih duduk di tempat Jahiliah. Tidak ada makna cinta
pada-Nya andai diri masih diselaputi cinta duniawi semata-mata.
Banyak
orang berkata: “Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi ?” Aku
katakan kepada mereka: suatu permusuhan sama dengan melakukan kejahatan.
Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang yang gila
merupakan kebaikan jiwa. Di dalam sikap diam juga terdapat penjagaan
bagi kehormatan.❞
❝ Tidakkah engkau lihat! Harimau di hutan itu
ditakuti dan disegani ketika mereka diam, sedangkan anjing di jalan
raya banyak yang dilempari kerana selalu menyalak.❞
(imam Syafi'i)
~ Allahurabbi..
Muhasabah Bersama..:')
# Astaghfirullahal'azim
No comments:
Post a Comment