Tuesday 27 March 2012


Semalam cuba buat puding caremel tanpa telur memang best recepi ada disini
Bahan-bahan
ini utk gula hangusnya :-
2 sudu besar gula

Pudingnya plak :-
4 cawan air
4 sudu kfc (rata) serbuk agar-agar plain.
1 cawan gula **** jika suka manis boleh tambahkan sikit lagi
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
Masak gula dengan api yang perlahan dan ketepikan
Didihkan 4 cawan air bersama serbuk agar-agar , gula dan esen vanilla. Masak hingga benar-benar mendidih.
Dalam mangkuk yang lain, tuang susu cair dan tepung kastard. Kacau hingga larut.
Setelah air mendidih, kecilkan api. Masukkan susu cair + tepung kastard yang telah dikacau sebati.
Kacau hingga likat dan pekat dalam 5-7 minit.
Tuangkan adunan ke dalam loyang . (di atas gula hangus tadi)
Sejukkan dalam peti ais dan tunggulah dengan sabar

Sunday 25 March 2012

ISNIN DATANG LAGI

Isnin datang lagi ,aku masih bergini ,menanti dang mengharap agar sesuatu yang kuharapkan akan menjadi kenyataan demi keluargaku